News

Penghawa dingin piawaian rendah dilambakkan di Asia Tenggara merugikan pengguna, alam sekitar

APA ITU LAMBAKAN PENGHAWA DINGIN 

Penyaman udara yang dilambakkan merujuk kepada amalan sesetengah jenama yang mengeluarkan alat hawa dingin yang tidak memenuhi piawaian prestasi tenaga minimum (MEPS) dalam pasaran domestiknya sendiri. 
Para pengeluar itu akhirnya mengeksport alat-alat tersebut ke negara-negara di mana piawaiannya adalah kurang ketat.

Dalam kajiannya yang diterbitkan pada bulan September, CLASP meneliti penjualan penyaman udara bilik yang tidak efisien di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Ia mendapati bahawa daripada 8.3 juta unit yang dijual di enam negara pada 2021, hampir tiga daripada empat, atau 6.2 juta unit, mempunyai kecekapan rendah.

Indonesia dan Filipina adalah yang paling terdedah kepada perkakas yang menggunakan teknologi lapok, dengan 97 peratus dan 78 peratus penghawa dingin bilik (yang kurang cekap) dijual di kedua-dua negara itu.  Di Malaysia, Thailand dan Vietnam kadarnya adalah sekitar 60 peratus.

Di Singapura, jumlah jualan alat-alat sedemikian membentuk 21 peratus daripada keseluruhan jumlah penghawa dingin yang dijual. 

“Pasaran Indonesia adalah yang paling kurang cekap daripada enam negara di rantau ini,” kata Cik Lina Kelpsaite, pengurus pasukan iklim CLASP, yang berpangkalan di Washington, DC.

Kajian itu tidak meneliti punca terperinci di sebalik jualan sedemikian, tetapi Cik Kelpsaite berkata mungkin terdapat permintaan untuk penghawa dingin yang lebih murah, walaupun ia cenderung kepada penggunaan tenaga yang kurang.

“Indonesia luas, dengan kuasa beli yang berbeza (di kalangan rakyatnya),” jelas Puan Nanik Rahmawati, pengurus program CLASP Indonesia.

MEPS di negara pembuat alat-alat hawa dingin itu adalah lebih tinggi daripada di Indonesia, jadi sesetengah alat itu mungkin lebih layak untuk dijual di Indonesia, tambahnya.

Pada 2017, Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengeluarkan peraturan yang mewajibkan para pengeluar domestik dan pengimport penghawa dingin supaya meletakkan tanda penjimatan tenaga. Ia menunjukkan tanda penjimatan dari satu hingga empat bintang, dengan yang terakhir menunjukkan tahap kecekapan tenaga tertinggi.

Source: CNA

Donate to Breeze of Joy Foundation

Global NewsX

Global NewsX is a news sharing website that offers a wide range of categories, from politics and business to entertainment and sports. With its easy-to-navigate interface, users can quickly find the news they are looking for and stay up-to-date on the latest global events. Whether you're interested in breaking news, in-depth analysis, or just want to stay informed, Global NewsX has got you covered.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button