News

Selepas hotel lima bintang, kenapa para tukang masak ini pilih untuk berkhidmat kepada pesakit hospital 

Walaupun Encik Wong berasa gembira melayani tetamu hotel, beliau “menghadapi cabaran di hospital untuk menjadikan kerjayanya lebih bermakna”, kata beliau. 

“Ini adalah sejenis pencapaian yang berbeza. Hotel mempunyai tetamu yang gembira. Hospital mempunyai pesakit … kadang-kadang ia adalah (situasi) antara hidup dan mati. Kerjaya ini adalah seperti berkhidmat kembali kepada masyarakat dengan menggunakan kemahiran anda.”

MENCARI MAKNA

Kemahiran ini – sesetengah yang diperolehi daripada pengalaman antarabangsa – juga banyak membantu ketika melayani pelbagai pesakit. 

Oleh kerana pendedahannya kepada pelbagai budaya ketika Encik Wong bekerja di luar negara, beliau dapat “melihat banyak perkara dari sudut yang berbeza” dan memahami apa yang harus diperhatikan ketika menjaga pesakit dari pelbagai budaya.  

Encik Tan juga telah memanfaatkan pengetahuannya dalam rempah dan herba yang berbeza daripada pengalamannya di luar negara untuk “membuat pembaharuan terhadap semua resipi untuk pesakit hospital”. 

Bagi tukang masak muda bercita-cita tinggi yang mengidamkan cabaran seperti itu dan mereka yang “jenis sangat terperinci”, beliau biasanya menasihati mereka bermula sebagai tukang masak pastri – atau bekerja di hospital.

“Pastri adalah bidang yang sangat terperinci, sangat berdisiplin. Anda tidak boleh meletak sebarang gram tepung sesuka hati, tidak boleh memasak gula pada mana-mana suhu. Ia tidak akan berjaya dengan cara itu; semua mesti dibuat dengan tepat. 

“Begitu juga di hospital, jika orang itu tidak boleh makan makanan sebanyak ini dan dia seorang pesakit kencing manis, anda perlu mengikuti pelan pemakanan itu,” katanya. 

“Mereka yang sukakan disiplin sedemikian, saya menggalakkan mereka bekerja di hospital.”

Dan bagaimana dengan kawan-kawan Encik Tan yang  menganggap kerjanya sebagai pekerjaan orang yang sudah bersara?  Encik Tan berkata mereka “kini tahu bahawa (pekerjaan tukang masak di hospital) adalah pekerjaan yang lebih mencabar”. 

Mungkin satu lagi bukti jelas bahawa Encik Tan telah dapat mengubah minda sesetengah orang tentang pekerjaan sebagai chef bagi pesakit hospital adalah hakikat berikut: Semua tukang masak yang kini berada di bawah pengurusannya berasal dari industri perhotelan dahulu.

“Sekarang mereka merasakan perbezaannya. Mereka berasa lebih bersemangat,” katanya. “Mereka kini lebih seronok menjadi tukang masak.” 

Source: CNA

Donate to Breeze of Joy Foundation

Global NewsX

Global NewsX is a news sharing website that offers a wide range of categories, from politics and business to entertainment and sports. With its easy-to-navigate interface, users can quickly find the news they are looking for and stay up-to-date on the latest global events. Whether you're interested in breaking news, in-depth analysis, or just want to stay informed, Global NewsX has got you covered.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Home
Videos
Back
Account