News

Nampak muda, lagi sihat tapi kenapa mereka perlukan tempat duduk dalam kereta api. Ini sebabnya

Kencing manis jenis 1 adalah salah satu daripada 23 penyakit yang disenaraikan dalam Program Pengurusan Penyakit Kronik (CDMP) oleh Kementerian Kesihatan, bersama-sama dengan beberapa gejala autoimun yang lain seperti alahan radang hidung, penyakit kulit psoriasis dan radang sendi rheumatoid.

Pesakit CDMP boleh menggunakan simpanan MediSave mereka untuk menuntut 85 peratus daripada bil pesakit luar mereka, sehingga S$700 setahun. 

Dan Sherry Soon, 42, pengasas kumpulan sokongan Penyakit Autoimun Singapura, mahu skim itu meliputi lebih banyak jenis penyakit autoimun.

“Kita perlu berjumpa pakar kesihatan untuk susulan pemeriksaan kami,” katanya. “Jika (kita) berada dalam skim ini, ia boleh mengurangkan beban kewangan atau sekurang-kurangnya (kita boleh) menggunakan sebahagian daripada MediSave kami untuk membiayai perbelanjaan ini.”

Perlindungan insurans bagi mereka yang menghidap penyakit autoimun, MediShield Life, pelan insurans perubatan asas kerajaan untuk semua warga Singapura dan penduduk tetap, memberi perlindungan kepada penyakit yang dikesan sebelum polisi insurans dikeluarkan.

Tetapi, bagi individu yang menghidap beberapa penyakit awal seperti lupus erythematosus sistemik, sejenis penyakit autoimun, mereka dikehendaki membayar premium tambahan sebanyak 30 peratus untuk 10 tahun pertama. Selepas itu, mereka boleh membayar premium yang sama dengan orang lain dalam kumpulan umur mereka.

Menurut perunding kewangan Luke (bukan nama sebenar), yang telah bekerja dalam industri insurans hayat sejak 1995, berikut adalah perkara yang mungkin berlaku apabila seorang dewasa muda dengan penyakit autoimun cuba membeli polisi insurans kesihatan:

1. Pihak insurans akan mengenakan jumlah tambahan ke atas premium. Ia dikenali sebagai tanggungan (loading) dan boleh mencecah sebanyak 50 peratus daripada jumlah premium yang perlu dibayar.

2. Pihak insurans akan mengenakan pengecualian (exclusion). Sekiranya pemegang menghidap sejenis penyakit tertentu, syarikat insurans tidak akan bertanggungjawab atas tuntutan tersebut.

3. Pihak insurans akan mengenakan kedua-dua tanggungan dan pengecualian. 

4. Pihak insurans akan menangguhkan kes ke tarikh yang lain atau selama-lamanya sehingga bakal pelanggan mempunyai bukti bahawa syarat penyakit autoimun telah dikeluarkan (dari polisi tersebut). 

5. Pihak insurans akan menolak permohonan tersebut.

Sejauh mana penyakit ini boleh menjadi serius adalah “soalan besar yang tidak diketahui oleh syarikat insurans”, kata Luke. “Dan syarikat insurans tidak suka berurusan dengan risiko yang tidak diketahuinya.” 

ASPIRASI TINGGI, UNTUK KERJA DAN CINTA

Terdapat beberapa kumpulan sokongan di Singapura  bagi penghidap penyakit autoimun, seperti Persatuan Crohn’s dan Kolitis Singapura, Persatuan Lupus (Singapura) dan Persatuan Psoriasis Singapura.

Pang menyertai salah satu daripadanya iaitu Yayasan Artritis Kebangsaan empat tahun selepas diagnosisnya dan mendapati ramai penghidap berusia 50-an dan 60-an yang mempunyai anak dan menjalani kehidupan secara normal. 

Itu adalah titik perubahan dalam perjalanannya mengharungi penyakit autoimun, dan akhirnya dia dapat menerima keadaan kesihatannya.

Individu yang bermotivasi diri ini berhasrat untuk memimpin satu pasukan pada masa akan datang, dan pengurusnya Augustine Seah, menyedari cita-citanya. “Aspirasinya masih (setinggi) seperti orang (lain) di sini,” kata Seah. “Dia mahu mendorong dirinya sendiri.”

Namun, Seah memberi sepatah dua kata teguran. “Jika anda ingin mula menguruskan orang, anda perlu sentiasa berada di sini untuk mendampingi mereka,” katanya. “Terdapat hari-hari (yang) dia memang tidak boleh berbuat demikian, dan (itu) adalah sesuatu yang perlu kita atasi sepanjang perjalanan ini.”

Source: CNA

Donate to Breeze of Joy Foundation

Global NewsX

Global NewsX is a news sharing website that offers a wide range of categories, from politics and business to entertainment and sports. With its easy-to-navigate interface, users can quickly find the news they are looking for and stay up-to-date on the latest global events. Whether you're interested in breaking news, in-depth analysis, or just want to stay informed, Global NewsX has got you covered.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button