News

‘Kenapa bawa mereka keluar?’ Stigma sosial tidak halang para peruncit lebih terbuka kepada autisme 

BUKAN UNTUK KEUNTUNGAN SAHAJA 

Walaupun semua usaha begini adalah usaha terpuji,  Dino Trakakis, pengasas penyedia terapi intervensi awal Autism Recovery Network, bagaimanapun bimbang ia tidak akan berjaya.

“Kita hanya perlu berdepan dengan beberapa situasi di mana sesuatu itu tidak berjalan dengan lancar sehingga mereka perlu menghentikan usaha itu,” kata Trakakis. Jika seorang kanak-kanak yang mengamuk mula mengganggu dan menghalau pelanggan, kedai-kedai akan kehilangan jualan harian, katanya.

“Sama ada anda mempunyai ‘waktu tenang’ atau ‘waktu bising’, sewa masih tetap sama. … Berapa banyak kerugian yang mereka mampu tanggung?” tanyanya.

Yamada berkata kos “memang penting bagi kami untuk bertahan sebagai perniagaan di sini” tetapi “bukan pertimbangan yang besar” bagi inisiatif Uniqlo kerana ia adalah sebahagian daripada konsep dan misi jenama ‘Made for All’ syarikat tersebut.

Dengan memikir pada nilai-nilai syarikat “dan bukannya dari sudut keuntungan”, Uniqlo boleh mewujudkan lebih banyak inisiatif yang mengutamakan masyarakat, kata pengarah kemampanan kanan Uniqlo Singapore Hwee Lee. “Bukankah keuntungan adalah sesuatu yang boleh kami berikan semula kepada masyarakat?”

Mengenai gangguan ke atas kedai dan pelanggan, beliau berkata: “Inisiatif ini adalah usaha kita untuk membawa pelanggan kita turut serta dalam perjalanan ini.

“Matlamat utamanya adalah supaya pelanggan kami juga dapat menerima orang-orang kurang upaya yang membeli-belah bersama mereka. Jika mereka melihat seseorang yang memerlukan bantuan dan sedang dilayan oleh kakitangan kami, mereka harus mempunyai sedikit kesabaran.”

Berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini dalam mengurus pelanggan autisme, EC House berkata mereka “bukanlah begitu mencabar untuk dilayan seperti yang kita  fikirkan.”

“Apa yang penting adalah untuk berkomunikasi dengan pengasuh mereka dan bertanya bagaimana kami boleh menjadikan proses memotong rambut lebih selesa untuk mereka,” kata jurucakapnya. “Seringkali kami memerlukan lebih banyak masa untuk melaksanakan tugas itu, tetapi pasukan kami semuanya bersabar dan penuh belas kasihan.”

Bagi Frasers Property Singapore dengan pelaburannya dalam program Inclusion Champions, ketua pegawai eksekutif Soon Su Lin berkata pusat membeli-belah “adalah tempat di mana para pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat bertemu dan berkongsi pengalaman.”

“Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk menerima dan meningkatkan keterangkuman. Kami percaya bahawa kami boleh membuat perubahan dengan mempermudahkan persekitaran pusat membeli-belah supaya ia menjadi lebih membantu dan prihatin.”

Selain penghidap autisme, syarikat itu juga ingin  membantu mereka yang mengalami demensia. Beberapa kedai serta semua kaunter perkhidmatan pelanggan – yang merangkumi 29 bahagian di seluruh 10 pusat membeli-belahnya – akan berfungsi sebagai pusat sehenti bagi mereka yang memerlukan bantuan keperluan khas. 

PERATURAN ATAU INISIATIF SUKARELA?

Satu lagi kebimbangan yang Trakakis bangkitkan adalah bahawa perkhidmatan ini tidak seragam di Singapura.

“Kita perlu memahami (keterangkuman) sebagai sebuah masyarakat, bukan hanya … sebagai satu atau dua syarikat,” katanya. “Maka di mana sahaja pelanggan pergi, mereka akan menerima layanan yang serupa.”

Tinjauan CNA Insider terhadap kumpulan hartanah lain yang mengendalikan lebih 20 pusat membeli-belah di Singapura, kedua-duanya tidak mempunyai inisiatif yang serupa.

Trakakis mencadangkan diwujudkan peraturan, di mana latihan dalam aspek kesedaran ketidakupayaan diwajibkan untuk syarikat, terutama dalam industri perkhidmatan. Walau bagaimanapun, Ivan Tan dari SPD percaya inisiatif yang bersifat sukarela “berfungsi lebih baik” dalam mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif.

“Mempengaruhi pekedai supaya boleh membuat perubahan itu dan bersedia membuat perubahan yang berkesan, adalah  lebih berkesan daripada memaksa mereka menerusi undang-undang,” kata Tan dari pusat teknologi bantuan SPD   yang menyediakan latihan untuk korporat.

“(Syarikat harus) melakukan sesuatu kerana (mereka) mahu menjadikan tempat mereka mudah diakses bersama. Apabila ini berlaku, perubahan boleh dilihat dengan jelas dan mendalam.

Source: CNA

Donate to Breeze of Joy Foundation

Global NewsX

Global NewsX is a news sharing website that offers a wide range of categories, from politics and business to entertainment and sports. With its easy-to-navigate interface, users can quickly find the news they are looking for and stay up-to-date on the latest global events. Whether you're interested in breaking news, in-depth analysis, or just want to stay informed, Global NewsX has got you covered.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button